Selasa, Ogos 02, 2011

BANTUAN KWAPM 2011

Pada minggu terakhir Julai 2011, pihak sekolah telah menerima senarai penerima Bantuan KWAPM bagi tahun 2011. Seramai 21 orang pelajar Tahun 3 hingga 6 telah berjaya menerima bantuan ini.Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari Senarai Data Sedia Ada bagi bantuan KWAMP tahun 2011. Setiap pelajar menerima RM 200.00 seorang.
Sehubungan dengan itu,pihak sekolah akan membuat pembayaran bantuan ini dalam masa yang terdekat.Ibu bapa atau penjaga pelajar yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi. Adalah diharapkan agar bantuan yang diterima ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa yang terlibat dalam menyara persekolahan anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails