Khamis, Januari 20, 2011

PENYERAHAN BISISWA YAYASAN PAHANG 2011

Seramai 34 orang pelajar dari tahun 4 ,5 dan 6 telah dipilih oleh pihak Yayasan Pahang sebagai penerima Biasiswa Yayasan Pahang bagi Tahun 2011. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah membuat penyerahan wang tersebut kepada ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan bermula dari tarikh 13 - 20 Januari 2011. Ibu bapa atau penjaga yang terlibat diminta hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut bagi pihak anak. Setiap pelajar menerima RM 250.00 seorang. Pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu memohon maaf kepada ibu bapa atau penjaga kerana telah membuat potongan bagi menjelaskan segala bayaran persekolahan 2011 bagi pelajar yang masih tidak menjelaskan bayaran tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh pihak Yayasan Pahang. Semoga dengan adanya bantuan yang diberikan oleh Pihak Yayasan Pahang ini adalah diharapkan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat.
Related Posts with Thumbnails