Khamis, Februari 17, 2011

PENDAFTARAN TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2012 DAN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendidikan Wajib Sekolah Rendah telah dilaksanakan sejak 2003 lagi. Ibu bapa/penjaga murid dipohon mendaftarkan anak-anak berdasarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan JPN Pahang, bagi tahun 2011 permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah berdasarkan ketetapan berikut:

i. Kanak-kanak yang lahir 02-01-2005 hingga 01.01.2006 untuk persekolahan 2012.

ii. Kanak-kanak yang lahir 02.01.2006 hingga 01.01.2007 untuk persekolahan 2013.

Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Mac Hingga 15 April
Hari : Hari Bekerja
Masa : Waktu Pejabat Sekolah Berkenaan.
Bawa bersama :i. Sijil lahir kanak-kanak
ii. Kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga
iii. Bukti alamat tempat tinggal(bil air/telefon/elektrik)

Sehubungan dengan itu,adalah diharapkan kepada seluruh penduduk Kuala Tahan dan sekitarnya yang mempunyai anak serta mempuanyai syarat-syarat seperti di atas agar membuat pemohonan penempatan untuk kelewatan pendaftaran yang akan menyebabakan kesulitan dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails