Selasa, Ogos 10, 2010

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN ASRAMA 2010

Bertempat di Genting View Resort, Genting Highlands Pahang, satu Bengkel Pemantapan Pengurusan Asrama 2010 telah diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Bengkel bermula pada 2 Ogos 2010 hingga 05 Ogos 2010. Seramai 54 orang GPK Hal Ehwal Murid (sekolah berasrama) dari Daerah Jerantut,Lipis,Bentong dan Cameron Highland telah menghadiri bengkel ini. Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Genting View Resort GPK HEM telah didedah dengan maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pengurusan asrama. 
     Di samping itu , satu bengkel untuk merangka aktiviti tahunan asrama telah diadakan. Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti telah dibincangkan dalam sessi pembentangan bagi setiap kumpulan. Lain-lain isu yang didedah dan dibincangkan adalah isu-isu yang berkaitan SMM ,SMA , Displin , PPDa (asrama) dan Pengurusan Kaunseling. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh En. Aznan Baba Bin Mohamad KPP HEM Jabatan Pelajaran Pahang.

Isnin, Ogos 09, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


Suasana di dalam gerabak KL Monorail


Riang dan seronok selepas keluar dari Akuaria KLCC

Alhamdulillah sekali lagi Biro Lawatan dan Rekreasi, Unit Hal-Ehwal Murid sekali lagi berjaya menganjurkan satu siri lawatan untuk murid-murid Tahap 2. Kali ini destinasinya adalah Kuala Lumpur. Lawatan yang bertolak dari sekolah seawal 8.30 pagi pada 6 Ogos 2010 menggunakan bas persiaran yang disewa khas. Rombongan yang disertai seramai 36 orang murid dan 6 orang guru pengiring ini pada mulanya dirancangkan melawat ke Petrosains dan Akuaria KLCC serta I-City pada hari pertama; dan KL Monorail, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara pada hari kedua.

Sewaktu di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur satu kejadian di luar jangkaan telah berlaku di mana bas yang disewa khas mengalami kerosakan enjin dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan terpaksa menunggu hampir dua jam lebih untuk mendapatkan bas gantian.

Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur siri lawatan ini dapat diteruskan dengan selamatnya. Biro Lawatan dan Rekerasi berharap aktiviti ini dapat membantu murid-murid dalam memahami pelajaran yang mereka pelajari selama ini. Diharapkan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut dapat diaplikasikan di dalam pelajaran mereka.

Rabu, Julai 21, 2010

PENGESAHAN MURID DARJAH SATU TAHUN 2011

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02.01.2004 hingga 01.01.2005 yang telah didaftarkan untuk memasuki darjah satu pada Tahun 2011 adalah dikehendaki membuat pengesahan pendaftarannya.
Namun begitu jika terdapat kanak-kanak yang belum didaftarkan lagi, ibu bapa atau penjaga masih boleh membuat pendaftaran dan pengesahan tetapi diketogerikan sebagai " PENDAFTARAN LEWAT". Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran di sekolah ini bolehlah membuat pengesahan pendaftaran tersebut berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 02.08.2010 Hingga 27.08.2010 ( Hari Persekolahan)
Masa : 8.30 pagi Hingga 5.00 petang
Tempat : Pejabat SK Kuala Tahan 27000 Jerantut.
Bawa Bersama : Surat Beranak (kanak-kanak) dan Borang Penempatan Pelajar.

Berdasarkan Rekod Pendaftaran Darjah Satu Tahun 2011, seramai 47 orang kanak-kanak telah membuat pendaftaran.Unit HEM SK Kuala Tahan akan menghubungi ibu bapa dan penjaga yang terlibat melalui surat edaran sebelum tarikh pengesahan bermula.

SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN

Guru memainkan peranan penting dalam medisplinkan murid kerana guru adalah orang yang paling rapat dan perantara lansung antara murid dengan kehendak sekolah dan system pendidikan.
Oleh itu, pelaksana disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas hakiki semua guru dan bukan tanggungjawab Guru Besar atau pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru Disiplin semata-mata
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturan peraturan
Sekolah untuk Murid-murid
  ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
Buku Panduan Tatacara Disiplin SekolahUntuk Guru Besar dan Guru (1988).
Tiga peranan guru dalam kawalan disiplin murid;

  • Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah;

  • Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua secara ayata atau khusus mengikut peraturan-peraturan yang ada;

  • Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah;



Jumaat, Julai 16, 2010

MESYUARAT PEWARIS PRA SEKOLAH 2010

Jawatankuasa Pra Sekolah SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan satu mesyuarat Penubuhan Dan Perlantikan AJK Pewaris Pra Sekolah 2010 pada 16 Julai bertempat di Bilik Gerakan SK Kuala Tahan.Mesyuarat tersebut telah dihadiri lebih kurang 40 orang ibu bapa pelajar pra sekolah, guru-guru dan pihak pentadbiran SK.Kuala Tahan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebebut wakil PIBG SK Kuala Tahan En. Bahari. 
     Guru Besar SK Kuala Tahan, En.Zainol Bin Shahbuddin dalam ucapannya mengharapkan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga dalam apa saja perkara mahupun program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi untuk kecemerlangan anak-anak. Beliau juga berharap AJK Pewaris yang dilantik dapat membantu pihak pengurusan sekolah dalam perkara yang berkaitan dengan pra sekolah.Berikut adalah senarai AJK Pewaris Pra Sekolah SK Kuala Tahan bagi tahun 2010:

Penasihat :
En Zainol b Shahbudin
Guru Besar SK Kuala Tahan

Pengerusi :
En. Jamil Bin Abd.Rahman

Tim.Pengerusi:
Pn. Siti Zubariah

Setiausaha :
En. Kamil Helmi Bin Zainallah

P/Setiausaha :

Bendahari :
Pn. Rohana Bt. Abd.Hamid

AJK :
: En. Zamzuria Bin Zakaria
: En.Mahadi Bin Ismail
: En. Zainuddin
: Pn Juhaizan
Related Posts with Thumbnails