Rabu, Julai 21, 2010

PENGESAHAN MURID DARJAH SATU TAHUN 2011

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02.01.2004 hingga 01.01.2005 yang telah didaftarkan untuk memasuki darjah satu pada Tahun 2011 adalah dikehendaki membuat pengesahan pendaftarannya.
Namun begitu jika terdapat kanak-kanak yang belum didaftarkan lagi, ibu bapa atau penjaga masih boleh membuat pendaftaran dan pengesahan tetapi diketogerikan sebagai " PENDAFTARAN LEWAT". Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran di sekolah ini bolehlah membuat pengesahan pendaftaran tersebut berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 02.08.2010 Hingga 27.08.2010 ( Hari Persekolahan)
Masa : 8.30 pagi Hingga 5.00 petang
Tempat : Pejabat SK Kuala Tahan 27000 Jerantut.
Bawa Bersama : Surat Beranak (kanak-kanak) dan Borang Penempatan Pelajar.

Berdasarkan Rekod Pendaftaran Darjah Satu Tahun 2011, seramai 47 orang kanak-kanak telah membuat pendaftaran.Unit HEM SK Kuala Tahan akan menghubungi ibu bapa dan penjaga yang terlibat melalui surat edaran sebelum tarikh pengesahan bermula.

SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN

Guru memainkan peranan penting dalam medisplinkan murid kerana guru adalah orang yang paling rapat dan perantara lansung antara murid dengan kehendak sekolah dan system pendidikan.
Oleh itu, pelaksana disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas hakiki semua guru dan bukan tanggungjawab Guru Besar atau pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru Disiplin semata-mata
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturan peraturan
Sekolah untuk Murid-murid
  ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
Buku Panduan Tatacara Disiplin SekolahUntuk Guru Besar dan Guru (1988).
Tiga peranan guru dalam kawalan disiplin murid;

  • Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah;

  • Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua secara ayata atau khusus mengikut peraturan-peraturan yang ada;

  • Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah;



Jumaat, Julai 16, 2010

MESYUARAT PEWARIS PRA SEKOLAH 2010

Jawatankuasa Pra Sekolah SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan satu mesyuarat Penubuhan Dan Perlantikan AJK Pewaris Pra Sekolah 2010 pada 16 Julai bertempat di Bilik Gerakan SK Kuala Tahan.Mesyuarat tersebut telah dihadiri lebih kurang 40 orang ibu bapa pelajar pra sekolah, guru-guru dan pihak pentadbiran SK.Kuala Tahan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebebut wakil PIBG SK Kuala Tahan En. Bahari. 
     Guru Besar SK Kuala Tahan, En.Zainol Bin Shahbuddin dalam ucapannya mengharapkan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga dalam apa saja perkara mahupun program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi untuk kecemerlangan anak-anak. Beliau juga berharap AJK Pewaris yang dilantik dapat membantu pihak pengurusan sekolah dalam perkara yang berkaitan dengan pra sekolah.Berikut adalah senarai AJK Pewaris Pra Sekolah SK Kuala Tahan bagi tahun 2010:

Penasihat :
En Zainol b Shahbudin
Guru Besar SK Kuala Tahan

Pengerusi :
En. Jamil Bin Abd.Rahman

Tim.Pengerusi:
Pn. Siti Zubariah

Setiausaha :
En. Kamil Helmi Bin Zainallah

P/Setiausaha :

Bendahari :
Pn. Rohana Bt. Abd.Hamid

AJK :
: En. Zamzuria Bin Zakaria
: En.Mahadi Bin Ismail
: En. Zainuddin
: Pn Juhaizan

Khamis, Julai 15, 2010

SUMBANGAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT 2010

Pada 14 Julai 2010, Wakil Bank Rakyat Jerantut telah menyerahkan sumbangan wang Zakat kepada empat pelajar anak yatim di sekolah ini.GPK HEM selaku wakil Guru Besar telah berbesar hati menerima sumbangan tersebut bagi pihak pelajar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat atas sumbangan itu dan berharap sumbangan tersebut dapat meringan bebenan penjaga. Setiap pelajar menerima RM 50.00 seorang. Senarai nama pelajar yang menerima sumbangan tersebut adalah seperti berikut:
1. Sheikh Azib Hafizi Bin Sheikh Muhamad
2. Mohamad Zulkarnain Bin Adam
3. Mohd Ariffuddin Bin Abdullah
4. Siti Farisatun Aishah Bt. Omar

Rabu, Julai 14, 2010

IKRAR PENGAWAS

Bahawasanya kami,
Pengawas Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan
Berikrar akan menjalankan tugas kami dengan rasa tanggung jawab, berdisiplin dan ikhlas.

Kami juga berjanji,
Akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran,
Agar menjadi murid yang cemerlang,
Dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum,
bagi menjadi contoh kepada murid-murid sekolah ini khasnya.  




AJK LAWATAN DAN REKERASI 2010

PENASIHAT:Encik Zainol Bin Shahbudin
Guru Besar

PENGERUSI:Encik Adzahar Bin Mokhtar
GPK Hal-Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI I:Encik Mohd Nadjmudeen Bin Mustapha
GPK Pentadbiran

NAIB PENGERUSI II:Ustaz Zakaria Bin Omar
GPK Ko-Kurikulum

SETIAUSAHA:Puan Dayang Saftuyah Binti Awang Hidup

PEN. SETIAUSAHA:Encik Kamil Helmi Bin Zainallah


AJK:
Puan Norazima Binti Mat Isa


Puan Norhalizah Binti Hussain

PROGRAM KESELAMATAN

Program keselamatan untuk murid
taklimat dan penerangan akan dijalankan
Related Posts with Thumbnails