Selasa, Ogos 02, 2011

PENGESAHAN MURID MEMASUKI DARJAH 1 TAHUN 2012

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02.01.2005 hingga 01.01.2005 dan telah didaftarkan untuk memasuki darjah satu tahun 2012 adalah dikehendaki membuat pengesahan pendaftarannya.Masa dan tarikh pengesahan tersebut adalah seperti ketetapan berikut

Tarikh Pengesahan : 01.08.2012 HINGGA 31.08.2012 (Hari Persekolahan)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
.

Bawa Bersama : Surat Beranak kana-kanak terlibat.

Bagi kanak-kanak yang lahir pada tarikh yang sama seperti di atas tetapi masih masih belum didaftarkan dan disahkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan boleh juga membuat pendaftaran dan pengesahan. "PENDAFTARAN LEWAT" akan dicatat pada ruangan catatan bagi kanak-kanak tersebut.

BANTUAN KWAPM 2011

Pada minggu terakhir Julai 2011, pihak sekolah telah menerima senarai penerima Bantuan KWAPM bagi tahun 2011. Seramai 21 orang pelajar Tahun 3 hingga 6 telah berjaya menerima bantuan ini.Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari Senarai Data Sedia Ada bagi bantuan KWAMP tahun 2011. Setiap pelajar menerima RM 200.00 seorang.
Sehubungan dengan itu,pihak sekolah akan membuat pembayaran bantuan ini dalam masa yang terdekat.Ibu bapa atau penjaga pelajar yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi. Adalah diharapkan agar bantuan yang diterima ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa yang terlibat dalam menyara persekolahan anak-anak.
Related Posts with Thumbnails