Selasa, Ogos 10, 2010

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN ASRAMA 2010

Bertempat di Genting View Resort, Genting Highlands Pahang, satu Bengkel Pemantapan Pengurusan Asrama 2010 telah diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Bengkel bermula pada 2 Ogos 2010 hingga 05 Ogos 2010. Seramai 54 orang GPK Hal Ehwal Murid (sekolah berasrama) dari Daerah Jerantut,Lipis,Bentong dan Cameron Highland telah menghadiri bengkel ini. Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Genting View Resort GPK HEM telah didedah dengan maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pengurusan asrama. 
     Di samping itu , satu bengkel untuk merangka aktiviti tahunan asrama telah diadakan. Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti telah dibincangkan dalam sessi pembentangan bagi setiap kumpulan. Lain-lain isu yang didedah dan dibincangkan adalah isu-isu yang berkaitan SMM ,SMA , Displin , PPDa (asrama) dan Pengurusan Kaunseling. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh En. Aznan Baba Bin Mohamad KPP HEM Jabatan Pelajaran Pahang.

Isnin, Ogos 09, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


Suasana di dalam gerabak KL Monorail


Riang dan seronok selepas keluar dari Akuaria KLCC

Alhamdulillah sekali lagi Biro Lawatan dan Rekreasi, Unit Hal-Ehwal Murid sekali lagi berjaya menganjurkan satu siri lawatan untuk murid-murid Tahap 2. Kali ini destinasinya adalah Kuala Lumpur. Lawatan yang bertolak dari sekolah seawal 8.30 pagi pada 6 Ogos 2010 menggunakan bas persiaran yang disewa khas. Rombongan yang disertai seramai 36 orang murid dan 6 orang guru pengiring ini pada mulanya dirancangkan melawat ke Petrosains dan Akuaria KLCC serta I-City pada hari pertama; dan KL Monorail, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara pada hari kedua.

Sewaktu di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur satu kejadian di luar jangkaan telah berlaku di mana bas yang disewa khas mengalami kerosakan enjin dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan terpaksa menunggu hampir dua jam lebih untuk mendapatkan bas gantian.

Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur siri lawatan ini dapat diteruskan dengan selamatnya. Biro Lawatan dan Rekerasi berharap aktiviti ini dapat membantu murid-murid dalam memahami pelajaran yang mereka pelajari selama ini. Diharapkan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut dapat diaplikasikan di dalam pelajaran mereka.
Related Posts with Thumbnails